Wednesday, March 9, 2011

Doa Penyeri Muka

Bila kita senyum mesti orang suka tengok kan.. Tapi bila kita masam,orang nak tegur pon xberani.. yela..Muka masam,macam nak makan orang je.. hehe.. Xsalah pon kalau kita senyum,xrugi ape2 pon..senyum kan 1 sedekah.. Bila kita senyum,muka kita akan bertambah2 serinya... 

Ni ade sedikit petua untuk menaikkan seri di wajah kita, insyaAllah jika di amalkan selalu ,muka kita sentiasa berseri2.. ^_^

1. Jika anda inginkan muka berseri perlulah membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik-baiknya selepas solat)
Maksudnya:
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku)

2. Kemudian setelah membaca surah tersebut teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
Maksudnya:
“dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.”

PERINGATAN:

a. Baca 3 kali kemudian sapu pada muka anda.
b. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang sukar dapat jodoh.
c. Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf.

SELAMAT MENCUBA... ^_^

 

No comments: